Pages

Saturday, September 5, 2015

DEN POIE CAMERON HIGHLANDS~ Day 1

Untuk kali yang entah ke berapa, den jejak lagi kaki ke Cameron Highlands ni. Kali ini, den bersama awek-awek cun yang satu batch dengan den masa ambil ‘Master Program’. Dorang nak sangat ke CH. Layankan jelah.

Nak cakap persediaan dan budget yang melampau sangat. Tak ada pun kot. Sebab den berjalan dalam Malaysia saja. Jadi persediaan dan budget asas saja kot di samping persediaan mental dan fizikal den ni. Pergi CH time cuti Hari Merdeka. Den dah dapat bayangkan dah tahap kesesakkan kat celah-celah lereng bukit tu. Sigh~



3 budget asas yang den suka highlight setiap kali den nak travel: 

TRANSPORTATION|HOTEL|EMERGENCY

Kena settlekan ini semua dulu, baru den boleh budget untuk benda lain seperti sourvenir/entrance fees/foods. Den poie berlima, jadi 1 kereta saja dah cukup. Jangan nak menyesakkan lagi jalan CH tu. Untuk duit tol + minyak den kutip sorang RM50. Ada lebih masuk tabung travel kitorang. Kitorang pilih menginap di Hotel Jasmine, Brinchang untuk 2 malam. Brinchang ni kira center of CH la. Lagi satu sebab senang nak poie pasar malam die. Jalan kaki saja dalam kesejukan tu.

Entry ni den cover untuk Day 1 saja dulu tau~ Jom baca.


29.8.2015- Day 1

Seawal 7.30 am den dah keluar. Cari breakfast dulu. Kasi perut penuh dulu, baru senang mau jalan. Kira lebih kurang 8.30 am baru start perjalanan. Plan kali ni, den akan naik melalui Simpang Pulai dulu. Sepanjang perjalanan, tiada halangan. Den sampai CH around 11.00 am camtu la.

First pit stop den adalah Avant Chocolate & Ice Cream. Apa yang spesel dekat sini? Ada ‘Ice Cream Lavender’. Haaa..jangan kau mintak ice cream magnum pulak kat situ. Den sekeh kepala tu nanti. Best ke? Hmmmm.. den boleh bagi 4 bintang untuk rasa dan 5 bintang untuk daya inovasi mencipta something new. Cewahhh.. Jom layan gambar~

Inilah Avant Chocolate & Ice Cream.

Strawberry bergantungan. Majority, mana-mana pit stop mesti ada pokok strawberry

Dalam bangunan ni la ada jual ice cream lavender tu. Bukan setakat perisa lavender saja, ada jugak perisa-perisa lain dijual. Selain tu, produk-produk lain berasaskan lavender pun ada.

Perut dah berbunyi, tekak dah kering. Patutlah. 12.30 pm dah time den gerak dari Avant Chocolate & Ice Cream tu. Jadi pit stop ke dua den mestilah tempat yang boleh den isi perut ni. Den pun singgah di Cameron Valley Tea. Hei..jangan berangan nak makan nasi ye kat sini. Setakat alas perut boleh la dengan minum tea & makan pastry. Harga?? Jangan tanya den sebab den seriau tengok harga die. Hahaha… Lepas makan boleh la buat photoshoot dekat ladang teh tu.

Den paling suka view camni. Nampak macam kalau den daki bukit tu, den dah sampai awan. Hihihi 


Nampak tak trak tu? Kat valley ni, dia ada sediakan khidmat bawak jenjalan ke sekitar ladang teh tu. Bayaran tak silap RM10 per person. Round trip selama 20 minit. Tapi den tak naik pun. Cam malas nak bazir duit...

View dari atas bukit. Mongah den nak daki sampai atas.


Hentian ke tiga untuk hari pertama di CH ni. Kalau tadi den makan ice cream lavender, haaa..jom tengok macam mana la rupa bunga lavender tu kan. Kitorang stop di Cameron Lavendor. Rezeki dapat parking dekat dengan pintu masuk. Kalau tak menapak la jejauh sebab kereta dah semakin banyak. Al-maklumlah dah lepas tengah hari. Orang dah banyak sampai. Entrance fee: RM 6 /dewasa, RM 4 /kanak-kanak. Jangan ingat free macam ladang teh tadi tau. Apa ada? Lavender, lavender, lavender. Then ada jugak bunga-bunga & strawberry yang korang boleh petik sendiri. Oh ya! As additional info, dekat sini ada disediakan Surau.

Bunga Lavender. Tapi kenapa tak bau wangi ek?

Ni la kebun bunga yang den cakap tu. Boleh petik sendiri untuk nak bagi kesayangan korang. Petik tu berbayar ya. Tak silap RM2/sekuntum

Spesies Lavender gak ke? Den tak berapa ingat.

Antara dekorasi yang jadi tumpuan. Tapi agak bahaya jugak la sebab bilah dia jenis besi. Ngeri tengok orang amek pic, lepas tu diri dekat-dekat dengan kincir tu. Tak pasal ada yang berjahit nanti. Beware tau!

Lepas tengok Lavender, kitorang pegi tengok Ros pulak. Entrance fee: RM 4/adult (Sorry, harga untuk kanak-kanak den tak perasan) . Sama macam tengok Lavendor, kat Rose Valley ni pun banyak bunga saja. So nothing to share. Den share pic boleh kan (maaf, pic kat sini tak banyak pun sebab cam tak menarik)..



Sesudah Rose Valley, hentian seterus kami adalah ke hotel. Dah lewat petang, so memasing dah penat. So decide direct ke hotel. Masa nak ke Brinchang, lalulah dekat 1 bangunan ni. Ala-ala cam mall la gak. wah..CH ade mall? Kitorang pun stop kat Cameron Square (nama dia) Dekat situ adalah kedai-kedai macam Old Town, Teh Tarik Palace dsb yang aku tak berapa ingat. Oh ya. Ada 3D Art Museum gak kat situ.


Perut dah kenyang, bermulalah perjalanan yang menyeksakan. Nak ke Brinchang, kena lah lalu Kea Farm dulu. Jalan memang dah padat gila dengan kereta. Kereta gerak macam siput. Jadi, bawak-bawak bersabar kalau datang waktu peak season camni den buat ni. Selepas over than 1 hour, sampailah ke hotel. Jangan ingat sampai hotel boleh check in terus. Nak cari parking 1 azab lagi. Tapi alhamdulillah, den tak tunggu lama. Ada rezeki dapat parking. Den bermalam kat Hotel Jasmine. Nampak tak lampu warna-warni tu.


Hari pertama, memang plan untuk cover most places. So, esok hari akan lebih relax and chillax. Hadap traffic pun relax~ huhuhu. So day 1, end here. 

Ps: Actually lepas check in hotel, menapak pergi pasar malam. Main attraction kat CH. Tapi sebab bagi den macam tak best je. 2 malam berturut den pergi. So, next day punya den cerita.

Pautan lain:

DEN POIE CAMERON HIGHLANDS~ Day 3

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts