Pages

Tuesday, September 15, 2015

DEN POIE CAMERON HIGHLANDS~ Day 2

Lengkap dalam kepenatan di hari pertama. Tidur memasing pun dah macam-macam bunyi dah. Hehehe.. Planning untuk hari kedua pula lebih santai dan tidak rushing macam semalam. Easy going sikit today. Smile~~

30.8.2015 - Day 2

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan.....mak oi..sojuk gilo air ni.. hahaha.. Beku den amek wudhuk. Lepas siap sedia, ayuh cari sarapan. Dah kebulur nasi. Berhampiran dengan deretan hotel kitorang duduk, ada bangunan ala-ala medan selera. Pagi-pagi dekat situ banyak kedai ada. Boleh pilih nak makan kat kedai mana. Ada nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, mee sup dll. Den pilih kedai 'Sedia Menanti' sebab situ ade jual roti canai. The only one kedai yang jual roti canai. Hmmm.. memang setia menanti jugaklah minuman & roti canai. Orang ramai kan. Tapi yang tak bestnya, kalau korang dah makan kat kedai tu, order makanan kat situ aje. Jangan nak memandai order kat kedai lain. Abis kena maki je nanti dengan owner. Faham tu??

Jam 9 pagi gerak dah ke Kea Farm. Jalan pun dah start nak padat. Apa ada dekat Kea Farm? Ala..dia macam kedai-kedai kecik, jual macam-macam. Sayur, strawberry, jagung, pokok dll. So cerita melalui gambar saja.

Kaktus cumil-cumil belaka.

Uncle ni jual madu. The same uncle & same place masa den datang sebelum ni.

Inilah suasana di Kea Farm

Lai.Lai.Lai. Murah-murah saja

Ginseng. Den tengok dah serupa 'bapak ulat sampah' ewww

How to know strawberry tu manis ke tak? Nanti den cerita kat bawah sat lagi.

Ini namanya ubit bit. Siapa tak kenal? Kita geng.. muahahahha..
Jalan-jalan cuci mata kat Kea Farm tu, sambil-sambil la makan jagung madu dia. Manis tau. Oh ya. Kalau tengok amoi-amoi, jual jagung longgok murah-murah tu. Pastu claim ini jagung manis. Toksah la beli. Membongak je atau menipu je tu. Turun bawah, tawar setawarnya. Den beli masa dekat Rose Valley semalam. 4 ketul Rm 10. Dapat la free 1 biji. Tapi memang amoi tu tak tipu. Memang manis. Puas hati.

Lepas habis ronda Kea Farm. Teringin nak pergi petik strawberry. Den yang datang untuk kali keberapa ni pun tak pernah lagi nak pergi petik buah. Sebab kawan den teringin sangat nak petik sendiri, layankanlah. But den dapat knowledge baru masa pergi memetik strawberry di kebun orang.

Lokasi kebun ni betul-betul tepi simpang nak ke hotel equatorial (nama baru tak ingat pula)

Rm 30 (max 3 org) - 1/2 kg buah

Uncle tuan punya kebun tu cakap, kalau rupa buah tu tak cantik, haaa..manis lah buah tu. Kalau cun melecun gebu macam che ta tu, masam-masam manis rasanya. hohoho. So, jangan carik yang lawa-lawa ya. Wife uncle tu pulak boleh cakap, macam mau cari laki, jangan cari yang hensem-hensem. Itu den tak setuju aunty.. hehehe



Kalau nak buah tahan dalam 2-3 hari.. jangan pegang dengan tangan tau.

Dah abis seronok petik strawberry, berangkatlah den kembali ke Brinchang. Sebab kereta dah makin gila punya padat. Belum campur bas lori lagi. Urgghhh.. Sesak nafas. On the way balik, singgah di satu pit stop. Saja relax-relax. Tema hari ni kan easy going. Hihihi..

Kat situ, den first time rasa Scone. Sapa tak tau scone tu macam mana rupa dia? Kita geng lagi. Hahaha. Rasa die macam mix cake dengan cookies. Haaaa..camtu la. Makan sapu butter dengan jam.. Fuh..Daebak!!


Inilah Scone. Gambar ihsan Google. Den malas nak transfer gambar dari phone. hihihi
Ok. Den dah malas rajin transfer gambar. Inilah rupa scone yang den makan tu.

Den tengah live update dari Cameron Highlands untuk Tv 3 tu.. hihi, Nak suh orang Tv 3 buat pengumuman, henti-hentikan lah naik CH. Dah padat dengan kereta dah.

Nah..berderet kau. Siput lagi laju gerak dari ni. Sigh~~~ Time ni hujan renyai-renyai pulak tu. 
Lepas lepakan minum lemon tea & makan Scone. Vroom..vroom.. ke Brinchang. Sebab kitorang dah ada Strawberry. So niat hati nak cari cekelat kat Mart. Sebab malam ni nak berparty dekat bilik. huahuahua..Tapi sebelum tu. Ada satu lagi hajat tak sampai lagi. Nak cari Waffle Strawberry. Jadi misi diteruskan. Mencari waffle strawberry sehingga ke Tanah Rata. Finally jumpa. Gembiraaaaa...walaupun below my expectation. Den nak buah strawberry atas eskrem. Tapi die letak jam strawberry je. Hmmmm.. boleh la dari tak dapat langsung. 


Taraa.. waffle in da house. Kan lagi best kalu letak strawberry sebiji. Huh..Kedekut.

Sebenarnya, kitorang ni saja je cari pasal turun sampai ke Tanah Rata. Sebabnya....jalan nak naik ke Brinchang punyalah jem...Puas berkaraoke dalam kereta, tak gak sampai. Almost 1 hour jugak la baru jejak. Perut yang kenyang makan waffle pun boleh jadi lapar balik tau. Menci!!!

Lepakan melepaskan penat di bilik sebelum nak pergi pasar malam. Pasar malam CH ni bukan setiap malam ya. Dia ada setiap jumaat malam dan sabtu malam. Lepas tu kalau ada public holiday, pasar malam pun ada jugak. Apa ada dekat sana? Semua ada. Ala..orang-orang yang dekat Kea Farm tu jugak yang jual. So basically benda yang sama. Kalau mana yang malas nak ke Kea Farm, beli dekat pasar tu pun dah cukup bagi den.

Malam terakhir di CH, kitorang berpesta makanan dalam bilik hotel. Beli macam-macam makanan kat pasar tadi. Perut ni memang tak pernah kenyang kot. hihihi. Ada brokoli, udang, sotong, cendawan, bayam yang semuanya bergoreng tepung. Haaa.. makanan macam tu agak femes ya di CH. Tapi harga tu buat pejam mata je la ya. hehehe. Malam tu den tido dalam kekenyangan.. ^_^

Pautan lain:

DEN POIE CAMERON HIGHLANDS~ Day 1
DEN POIE CAMERON HIGHLANDS~ Day 3


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts